Dia terjaga daripada lena dibuai
mimpi . Jam menunjukkan sekarang pukul 3. Bukan 3 petang tapi 3 pagi. “Baru dua
jam aku tidur, haishhh.” Bisik hati dia. Dia pelik, kenapa kitaran tidur dia terganggu
semenjak dua menjak ini. Sudah 3 minggu begini. Suis lampu di tepi katil
dipetik. “alang-alang dah bangun, baik kau buat sesuatu yang produktif”
cadangnya sendiri. Komputer peribadi nya dibuka sambil bersiul mengikuti bunyi
Windows Startup. Password dimasukkan dan tertera desktop di hadapan matanya. Bingung,
dia berfikir kenapa dia membuka komputernya sebentar tadi. Dibiarnya seketika
sambil cuba mencari tujuan untuk menghabiskan sisa-sisa waktu malam nya. Dia
masih ada 4 jam sebelum dia perlu meninggalkan rumah mencari rezeki. Dia berdiri, meregang-regangkan badannya. Dia
memberi sekilas pandangan sekeliling rumahnya. Hanya satu apartment kecil tapi
baginya cukup untuk menampung kehidupannya yang ringkas.
Dia mencari peranti mudah alihnya. “Mana
pulak aku campak benda alah ni?” ragu hatinya. Setelah puas
mencari, dia
menemuinya di bawah katil. “I need to stop sleeping with my phone on the bed”
Dia memeriksa perantinya. “No New Notifications” “ Heh, no suprises there”
Cerek berbunyi nyaring di dapur menandakan air sudah masak. Dia mengambil mug
kegemarannya dan mula membancuh Milo. Teringat dia akan iklan lama Milo semasa
dia masih kecil. “Minum Milo anda jadi sihat dan kuat” Dia tersenyum girang
tanpa sebab. Mungkin dia rindu akan masa kecilnya atau mungkin imsomnia ini
membuatnya jadi gila. Mungkin. Selesai membancuh Milo, dia kembali ke meja
komputernya. Ikon Google Chrome di kliknya dua kali. Dua tab baru dibuka. Satu
untuk Facebook dan satu untuk Twitter.
Dia lebih gemar mengabiskan masanya di Twitter. Bagi dia Twitter lebih informatif
dan orang-orang di dalam nya lebih bijak berbanding di Facebook. Facebook hanya
digunakan untuk berhubung dengan rakan-rakan lamanya dan sanak saudara.
Kelihatan update daripada rakan-rakan karibnya di tempat kerja. Mereka nampak bahagia.
Dia hanya mampu berdoa agar kebahagiaan itu kekal milik mereka selama-lamanya,
lagipun dia mengidam Nasi Minyak dan air sirap kenduri kahwin adalah yang
terbaik. Tiba-tiba dia merasa sedikit melankolik. “Aih, jangan dilayan hati ni,
binasa dibuatnya karang”
Dia melihat jam di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 4 pagi. Sejam
sudah berlalu semenjak dia terjaga. Dia
mula buntu. Malam masih berbaki 3 jam tetapi dia sudah mati akal bagaimana dia
mahu menghabiskan masa 3 jam tu. Kebuntuan, dia membuka folder Drugs dalam
komputernya. Jangan risau, folder itu tidak mengandungi resepi membuat dadah
atau apa pun, cuma shortcut kepada permainan video di dalam komputernya. “Mari
kita sambung pengembaraan Jason Brody di Pulau Rooks” cetus hatinya. Itulah
dia, kalau tak bekerja, makan atau tidur dia kan menghabiskan masanya bermain
permainan video. Misi selepas misi,
pengembaraan selepas pengembaraan, dia mula rasa bosan. “That’s enough
adventure for one day, Jason needs his rest.” Dia menutup aplikasi Far Cry 3
itu dan shut down komputernya. “Eh, dah 6.30. Masa untuk mandi.”
Bertuala, dia menuju ke bilik mandi. Dia berhenti di hadapan cermin untuk membasuh
muka nya dan memberus gigi. Selesai, dia meneliti mukanya di cermin. Matanya nampak
lebam dan muka nya tampak tidak bermaya walaupun sudah dibasuh menggunakan
pencuci muka Garnier for Men. “Terima kasih insomnia, terima kasih
banyak-banyak” bisik hatinya, geram. Dia membuka pili pancuran nya dan mula
menyanyi. Hari ini, lagu The Smiths menjadi pilihannya untuk didendangkan dalam
bilik air. Bagi dia, bilik air juga merupakan pentas untuk dia. Dia menyanyi
lagu There is a Light That Never Goes Out dengan penuh perasaan. Sambil menyanyi
dia bermimpi untuk mempunyai suara semerdu Morissey dan kemahiran bermain bass
sehebat Andy Rourke. Selesai sudah satu urusan di pagi, satu urusan lagi jangan
dilupakan. Dia membentang sejadah dan bersedia untuk menunaikan solat Subuh.
Selesai sahaja, dia memanjatkan doa supaya dipanjangkan umur ibu-bapanya dan
supaya dipermudahkan segala urusan dia untuk hari ini. Tiba-tiba dia merindui
akan kampung halamannya dan memasang hajat untuk pulang menemui ibu-bapanya
pada hujung minggu nanti.
Dia mula bersiap untuk mencari
rezeki. Baju kemeja putih dipadankannya dengan tali leher merah, mengambil
inspirasi dari Agent 47, protaganis permainan video Hitman. Segala nota dan
peranti dimasukkan ke dalam sling bag nya.
Rumah dikunci dan kasut kulit hitam dipakainya dan dia mula berjalan
menuju ke elevator. “Selamat pagi Abang Akmal !” tegur anak kecil di rumah
hadapan. “Selamat pagi Camelia, pergi
sekolah jangan nakal-nakal, kirim salam mak ngan ayah ye nanti” Balas ku sambil
tersenyum. “Okay Abang Akmal !” balasnya sambil berlari mendapatkan ayah dan ibunya. Budak kecil,
mereka tak kisah apa yang terjadi dalam dunia ni, asalkan ibu bapa mereka
sentiasa bersama mereka. Masuk ke elevator dia bertemu Mamat. Mereka berdua
bersembang. Biasanya topic perbualan mereka adalah mengenai bola sepak,
lebih-lebih lagi apabila kedua-dua mereka adalah peminat tegar Arsenal. “Nanti
hujung minggu jom lah lepak, Arsenal lawan Spurs hujung minggu ni. Aku belanja”
ajak Mamat. “Takpe lah Mat, aku nak balik Tanjong lah hujung minggu ni, lama
dah tak balik ni. Lain kali je lah Mat tapi ingat, Come on you Gunners!” mereka
berdua ketawa dan sesampai sahaja elevator itu di Ground Floor, masing-masing
meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Dia singgah ke gerai nasi lemak
kegemarannya sambil berjalan ke ofis dia. “Macam biasa ke Akmal ?” Tanya Cik
Aminah. “Macam biasa lah mak cik, extra sambal, extra ikan bilis” jawab nya
tenang. Cik Aminah cukup mengenali jejaka muda tu yang selalu singgah di
gerainya sebelum masuk kerja. “Mak cik nampak Akmal ni asyik jalan
sorang-sorang je pergi ofis, mana bunganya Mal?” “Mana ada bunga mak cik oii,
sape je lah yang nak dekat saya ni, duit cukup makan saya je, muka takde lah
tampan mana pun” jawab nya, kekok. “Ye lah Mal, mak cik doakan cepat-cepat lah
kau jumpa jodoh. Kau tu baik orangnya , siapa je yang tak nak lelaki macam kamu
ni?” “Amin mak cik, terima kasih lah ye” jawabnya sambil berlalu pergi. Dia
memikirkan kata-kata Cik Aminah tadi. Ingin saja dia menyangkal pernyataan Cik
Aminah tadi. Dia sedar, dunia sekarang ini hati budi bukan lagi segalanya. It’s
all about looks and wealth. Kalau kau hensem atau kaya, kau akan diterima
ramai. Malangnya, dia bukan keduanya. Dia sedar akan realitinya. Kadang-kadang
geram jugak dia dan sambil itu lah dia mencarut kepada realiti.
Dia singgah di kafeteria ofisnya
untuk sarapan. Dia memesan segelas Teh Tarik untuk diminum bersama Nasi Lemak
yang dibelinya sebelum ni. Dia menikmati sarapan nya sebelum perlu punch in
masuk ofis pada jam 8.00. Inilah rutin harian dia sebelum masuk ke ofis.
Sarapan dan berfalsafah dengan diri sendir sambil menghirup segelas Teh
Tarik. Dia terjaga dari lamunan, disapa
rakan karibnya, Arman. Lama juga dia sudah berkawan dengan Arman, semenjak dia
menjadi intern di ofis ni lagi. Hampir 3 tahun juga. “Bro, jangan termenung, dah nak pukul 8 ni.
Jom lh masuk ofis, karang bos penggal kepala kita tahu lah” Mereka berdua tertawa dan mula bergurau
antara satu sama lain. Arman ni baik orangnya, tak pernah terlibat dalam
apa-apa masalah. Dia juga hampir berumah tangga pada hujung tahun ni. Sudah
tentu lah Akmal akan menjadi pengapitnya. Akmal sedikit terharu apabila
dijemput minggu lepas dan dia turut gembira bagi pihak rakannya.
Dia sampai ke kubikelnya. Dia
mengemas sedikit meja nya dan mula menghidupkan computer di mejanya itu. Dia
melabuhkan punggungnya di kerusi dan mula meregangkan badannya untuk bersedia
menghadapi harinya. Dia mengintai jauh kehadapan. Ternampak seorang gadis cilik
sedang sibuk menghadap komputernya. Dia meneliti perempuan cilik tersebut.
Kecil, comel orangnya, Dengan rambut paras bahunya yang sering diikat ponytail
sebelum masuk kerja. Matanya sepet dan setiap kali tersenyum, akan ternampak
gigi taring dan lesung pipitnya itu. Sebenarnya, sudah lama dia berkenan dengan
gadis yang berasal dari Borneo itu. “Apa lagi bro, pergilah tegur dia. Dia sorang-sorang
je tu. Kau tak nak aku nak. Hehehehe” usik Arman. “Ah, kau jangan mengada, kau
nak jadi suami orang hujung tahun nanti. Bukannya tak nak, aku malu lah Man.” “Lantak
kau lah Mal, lama-lama kau tunggu, melepas karang” jawab Arman sambil berlalu
pergi. Dia kembali mengagumi kecantikan gadis tersebut. Parasnya seindah
namanya. Nur Cahaya Kasih. “Macam mana lah boleh wujud makhluk secantik ni ya
Allah” cetus hatinya. “Fokus Mal, fokus” Dia kembali ke dunia nyata dan
meneruskan urusan dia. Ada data yang perlu di key in sebelum hari ini berakhir.
Sedang dia khusyuk bekerja, kedengaran
derapan tapak kaki menghampiri kubikelnya. “Mal, bos suruh fotostat dokumen ni,
nak guna untuk mesyuarat esok” kedengaran suara halus menegurnya. Dia melihat
ke atas dan segera tunduk kembali, malu. Suara itu milik Cahaya. “Err, o o okay
Cahaya, ter ter terima kasih” jawabnya gementar. Cahaya tersenyum sambil
berlalu pergi. Dia tersimpuh malu dan terbayang-bayang akan senyumannya. “Cantiknya
lahai” bisik hatinya. Dia terus menuju ke mesin fotokopi dan mula melaksanakan
amanah yang diberi Cahaya sebelum ni sambil bersiul mengikut rentak lagu You and
Me dendangan Lifehouse.
Jam menunjukkan pukul 5 petang dan
ofis mula kosong ramai bergegas pulang bagi mengelakkan diri mereka
terperangkap dalam kesesakkan lalu-lintas. Tapi bukan bagi Akmal yang hanya
berjalan kaki ke ofisnya. Apartmentnya hanya beberapa blok daripada ofis beliau
tapi hari ini nasib tidak menyebelahi dia. Hujan mulai membasahi dunia Kuala
Lumpur. Dia berhenti di hadapan pintu masuk ofis dia. “Alahai, kenapa lah aku x
check weather forecast sebelum keluar pagi tadi. Aduh, nasib badan.” Dia mulai
resah dan gelisah. Badan dah berlengas, dia mula terbayang shower di rumah nya.
Tiba-tiba satu suara menyapa dari belakang. “Kenapa Akmal? Lupa bawak payung ke?”
Dia kenal suara tu. Muka dia mula merah. “Errr, haah, hari ni lupa check
weather forecast, tu lah pasal” “Awak duduk mana? Kalau dekat dengan saya,
boleh lah tumpang payung saya” balas Cahaya. “Err, saya tinggal dekat Apartment
Alam Prima tu ha, dekat je dari sini” “Kebetulan, rumah saya pon on the way ke
situ, jom lah jalan dengan saya” Dia malu pada mulanya tapi akhirnya dia
menerima pelawaan Cahaya.
Dia merasakan yang perjalanan pulang
kali ini sungguh lama dan dia tidak kisah. Dia harap masa berhenti supaya dia
dapat menikmati saat ini selamanya. Bukan selalu dia dapat jalan pulang bersama
pujaan hatinya. Akhirnya mereka sampai ke pintu hasapan Apartment Alam Prima.
Akmal mengucapkan terima kasih kepada Cahaya dan berjalan meninggalkan dia
dengan berat hati. Belum sempat pintu masuk ditutup rapi, Cahaya memanggil dia.
“Err, Akmal, ni no telefon saya, kalau-kalau awak nak contact saya ke apa”
Kelihatan muka Cahaya merah padam, maklumlah, kulitnya putih melepak jadi agak
jelas muka nya yang merah padam ketika itu. Dia mengambil kertas itu dari
tangan Cahaya. “Te te terima kasih” ujarnya gementar. Dia memberanikan diri,
dia sudah tak kisah. “Persetankan realiti, aku tahu aku cinta dia dan aku
takkan lepaskan dia sekali lagi” bisik dia dalam hatinya.
“Awak esok lepas kerja free tak?” Tanya
dia, dengan muka selamba tapi hatinya berdegup laju. Cahaya tersenyum sambil
menjawab “free¸kenapa?” “Saya nak ajak awak keluar makan malam. Awak sudi tak?”
Cahaya tersenyum sambil berjalan meninggalkan dia. Dia mula rasa bodoh dan
geram. “Aku dah agak dah, mana lah dia nak” ujar hatinya. Dia tunduk ke tanah
dan mula berjalan pergi.
“Esok pukul 7, jangan lupa !” Jerit
Cahaya. Akmal tersenyum lebar sambil memerhati gadis cilik berpayung biru itu
berlalu pergi. Hatinya rasa berbunga dan dia tidak dapat berhenti tersengih.
No comments:
Post a Comment