Saturday, May 11, 2013

Tipikal

Ini cerita seorang budak lelaki yang ingin mengenal erti hidup. Tipikal, bukan?

Ini cerita seorang budak, masih belum matang, masih lagi naif. Tipikal, bukan?

Ini cerita seorang budak, masih segan mencari cinta. Lagilah tipikal, bukan?

Ini cerita seorang lelaki, berjumpa seorang gadis. Tipikal, bukan?

Ini cerita seorang lelaki, mula jatuh hati pada seorang gadis. Tipikal, bukan?

Tapi tunggu.

Ini cerita seorang lelaki, yang tahu mana tempat dia berdiri.

Ini cerita seorang lelaki, yang sedar kelemahan diri.

Ini cerita seorang lelaki, yang tidak menaruh harapan.

Ini cerita seorang lelaki, yang bijak mengurus emosi.

Ini cerita seorang lelaki, yang tidak terperangkap dek cinta.

Ini cerita seorang lelaki, yang tidak sakit hati.

Tipikal bukan?





Tapi itu bukan kau. Lihat diri depan cermin. Lihat betapa serabutnya kau. Lihat diri kau yang masih terhegeh-hegeh mengejar mimpi yang tak pasti. Yang masih terus membuta tuli menaruh harapan walaupun beribu kali dikecewakan.

Lihat apa yang kau taip, baca dengan teliti, hirup kopi ditepi. Tarik nafas dalam-dalam, eja ironi satu persatu.

Dah habis? Refleksi diri, sila rasa buruk tentang diri sendiri dan lunaskan kemarahan ke sekeliling.

Tipikal, bukan?

No comments:

Post a Comment